Artikel Hartanah

Kebaikan mempunyai ejen hartanah

Proses membeli dan menjual hartanah boleh menjadi satu proses yang sangat sukar dan meletihkan. Ramai orang mengganggap dengan maklumat yang mudah didapati di internet mereka boleh melakukannya sendiri tanpa khidmat seorang ejen hartanah. Hakikatnya, pasaran hartanah sebenar adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan.

Garis Panduan Di bawah Menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah.

1. Pengetahuan dan Kemahiran – Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dsb. Mereka boleh membantu mendapatkan rumah yang anda mampu dan memberi nasihat berkenaan pinjaman. Mereka berpengetahuan mengenai apa yang diperlukan apabila membeli rumah seperti dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah yang terbabit dalam sesuatu pembelian. Seorang ejen hartanah akan membawa anda melalui proses tersebut dan meminimakan tekanan anda.

2. Penjimat Masa. Jika anda mahu menjual rumah, seorang ejen boleh mengambil alih tugas-tugas seperti menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan rumah kepada mereka. Jika anda mahu membeli rumah, ejen boleh menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria anda daripada membuang masa melihat rumah yang tidak menepati kriteria.

3. Pembantu Harga Jual Beli : Ejen akan mengetahui samada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.

4. Hubungan Penting : Ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya. Mereka mempunyai hubungan rangkaian yang baik dan boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak.

5. Pengurusan Dokumen: Jumlah kerja yang ada dalam urusan jual-beli kelihatan sangat rumit kepada mereka yang baru dalam perniagaan ini. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih 10 mukasurat. Ini belum lagi dokumen lain seperti borang-borang dari badan kerajaan dan lain-lain. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.

6. Sokongan : Kerana kerumitan proses jual-beli hartanah, anda tidak tahu apa yang mahu ditanya. Seorang ejen akan mempunyai jawapan untuk anda dari awal sehingga akhir.

Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli rumah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.

HomE


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: